Weekly Promo
Ketahui Rahsia Bagaimana Mohd Nizam Menjana RM435,200 Dalam Masa 7 Bulan DiInternet, Tanpa Produk & Pengalaman! EKSKLUSIF!
Pefume Original Berjenama Pada Harga Terbaik Di Malaysia
Thursday, October 22, 2009
Erti Kebebasan Dan Disiplin Dalam Perniagaan Internet

3 Ogos 2009 merupakan hari terakhir saya bekerja di dalam sebuah syarikat swasta di Pulau Pinang. Pendapatan 6 angka setahun di dalam syarikat tersebut saya tinggalkan untuk melakukan sesuatu yang saya ingin kecapi di dalam hidup ini. Tarikh tersebut juga menamatkan servis saya selama 12 tahun lebih di dalam syarikat “Research & Development” tersebut.
Mengambil keputusan untuk berhenti kerja bukannya mudah.
Saya bukannya seorang bujang. Dengan tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa kepada 2 orang anak yang masih di bangku sekolah dan seorang lagi tak sampai 2 tahun umurnya, saya pasti ada rintangannya.
Walaubagaimanapun, saya sudah buat keputusan nekad saya sendiri.
Saya inginkan sebuah perniagaan internet yang akan memberikan saya kepuasan dan kebebasan untuk melakukan apa yang saya kehendaki.
Saya mahukan masa saya banyak dihabiskan bersama-sama dengan keluarga dan melihat sendiri anak saya membesar di depan mata.
Namun, di sinilah datangnya cabaran dan disiplin.Disebabkan anak-anak saya yang masih lagi kecil, mereka memerlukan perhatian yang rapi. Si Imran bukanlah macam kakak dan abangnya. Beliau aktif sehingga boleh menaikkan rasa marah. Apa yang dilarang, itu yang dia nak.
Tapi itulah yang dinamakan kanak-kanak. Kena banyak bersabar.Dan sebabnya yang ingin saya nyatakan di sini ialah, walaupun saya sekarang bebas untuk melakukan perkara yang saya suka, saya masih lagi melakukannya pada masa rutin harian yang saya lakukan sebelum berhenti kerja - iaitu menjalankan majoriti daripada perniagaan internet saya pada waktu malam apabila si anak kecil sudah masuk tidur (mungkin pada masa akan datang, ianya akan berubah)
Jadi, adakah ini dikatakan menjalankan perniagaan internet sepenuh masa?
Atau menjalankan perniagaan internet separuh masa itu sebenarnya telahpun menjalankan perniagaan internet sepenuh masa?
Tak tahulah apa jawapan anda.
Tetapi, definisi saya ialah jika anda tetapkan bahawa anda akan lakukan perniagaan internet anda 3 atau 4 jam sehari dan lakukannya secara konsisten, anda sebenarnya telahpun menjalankan perniagaan internet anda secara sepenuh masa, tak kira anda masih bekerja dengan orang lain ataupun tidak.
Dan jika anda berhenti kerja dengan orang lain, dan masih menjalankan perniagaan internet anda 3 atau 4 jam sehari, tidakkah ianya juga bermaksud perkara yang sama.
Itulah sebabnya juga terlalu ramai yang beranggapan saya telahpun menjalankan perniagaan internet sepenuh masa sejak bertahun lamanya, bila saya masih lagi bekerja di syarikat swasta. Sebabnya ialah saya konsisten dengan usaha saya.
Memang saya tidak pernah nyatakan bahawa saya melakukan perniagaan internet secara separuh masa sebelum ini, kerana bagi pendapat saya, jika saya nyatakan sebegitu, ianya cuma akan memberi impresi kepada diri saya bahawa saya melakukan perniagaan internet ini separuh hati sahaja.
Dan itulah juga salah satu sebabnya kenapa rakan sekerja saya sebelum ini pernah berkata bahawa saya menjalankan perniagaan internet secara sepenuh masa, dan bekerja separuh masa - kerana pendapatan yang saya perolehi ada kalanya melebihi beberapa bulan gaji saya di syarikat tersebut.
Jadi, secara ringkasnya di sini, jika anda juga ingin membina perniagaan internet anda untuk menjadikannya sebagai sumber pendapatan utama anda nanti, lakukannya sepenuh hati, konsisten dengan apa yang anda usahakan dan tanamkan kepercayaan yang suatu hari nanti, anda juga dapat membina perniagaan internet dengan masa dan tempat yang anda tetapkan sendiri.
Mengenai Penulis
Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://PerniagaanInternet.ws/r/ezz82 untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.
Monday, August 10, 2009
Buat Duit Dengan Modal RM 5, Tambah Pendapatan Secara Pasif..
Wednesday, July 1, 2009
Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan,
Setelah membantu ramai calon dalam menghadiri temuduga di sektor awam, kini ianya muncul lagi dengan versi terbaru iaitu Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Kemaskini Kedua..
Anda Akan Gagal Dalam Temuduga Kerja Kerajaan Jika Anda Tidak Tahu Rahsianya!! Usah Biarkan Anda Gagal Lagi!! Pastikan Kerja Kerajaan Dalam Genggaman...
P/S: ADA PENGUMUMAN PENTING BUAT KAUM BUMIPUTERA. SILA KE PALING BAWAH WEB INI
Tuesday, June 16, 2009
Pay To Click PTC NeoBux, dapat duit secara percuma.

Sunday, June 14, 2009
HUKUM : Pelaburan Internet vs Perniagaan Internet
Saya tertarik dengan istilah pelaburan dan perniagaan internet. Adakah ia membawa maksud yang sama? Sudah tentu tidak. Tahukah anda bahawa pelaburan internet adalah HARAM di sisi islam. Bagaimana dgn perniagaan internet?
Perniagaan internet bermakna anda mempunyai produk atau perkhidmatan untuk dijual dan pelanggan untuk membeli. Bezanya hanya proses transaksi dan penual pembeli tidak perlu 'face to face'. Perniagaan di internet adalah sama seperti perniagaan konvensional. Bak kata Ustaz Zaharuddin, "Rukunnya sama.. ada penjual, ada pembeli dan ada produk. Di dalam Perniagaan Internet.... tiada istilah labur duit, goyang kaki dan kemudiannya jadi kaya."
Untuk membina sebuah perniagaan internet yang berjaya bukanlah sesuatu yang terlalu mudah. Ia memerlukan usaha yang gigih dan juga ilmu pengetahuan yang tinggi, terutamanya ilmu-ilmu yang berkaitan dengan dunia perniagaan. Untuk membina sebuah perniagaan internet yang berjaya, anda perlu mempunyai ilmu mengenai "Niche Market Research", "Product Development", "Web Development", "Internet Marketing", "Search Engine Optimization(SEO)", "Sales Letter Writing ", "Web Credibility", "Traffic Generation" dan bermacam-macam lagi ilmu yang perlu dipelajari dan diketahui..... Membangunkan perniagaan internet, bukanlah semudah membangunkan website dan meletakkannya di internet sahaja.. ia lebih dari itu. Jadi, sememangnya tiada istilah "Duduk Diam Dapat Duit" di dalam dunia perniagaan internet.
Di dalam perniagaan konvensional, ada sesetengah pemilik perniagaan yang melantik jurujual-jurujual serta agen-agen untuk membantu mereka mempromosikan serta menjual produk mereka kepada orang ramai. Agen-agen yang berjaya membuat jualan pula, akan diberikan sedikit komisyen hasil daripada harga jualan produk tersebut.
Di internet, jurujual-jurujual serta agen-agen ini, dipanggil "affiliate". Setelah mendaftar sebagai agen di dalam sesebuah program affiliate, anda akan dibekalkan dengan satu URL yang mempunyai ID anda. Tugas anda, hanyalah mempromosikan URL tersebut. Apabila ada orang yang meng"klik" pada URL anda dan kemudiannya, membeli produk yang dijual di website tersebut, anda akan diberikan komisyen.
Itulah penerangan ringkas mengenai program affiliate, anda mendaftar sebagai agen di sesebuah website yang menjalankan "perniagaan internet", dan kemudiannya, mempromosikan URL affiliate ID anda. Jika ada pembeli, anda akan diberikan komisyen.
Satu ciri utama yang perlu anda tahu tentang program affiliate ialah, program affiliate yang sah tidak mempunyai banyak tingkat (tier). Maksimun tingkat (tier) yang dibenarkan untuk program affiliate hanyalah 2 tingkat (2nd tier) sahaja. Ini kerana, program affiliate lebih mengutamakan kepada jualan produk dan komisyen yang diberikan juga adalah berdasarkan hasil bilangan jualan produk, dan bukannya dari bilangan "downline" yang diperolehi. Jadi, jika ada website yang mendakwa mereka menjalankan program affiliate dan peringkat (tier) affiliate mereka lebih dari 2, iaitu kadangkala sehingga mencecah 5-8 peringkat. Usah sertai! Itu adalah skim piramid yang cuba memperbodohkan anda dengan istilah "Affiliate Program" .
Credit to SAE
http://www.blogcatalog.com/blog/bisnes-internet-online
Wednesday, June 3, 2009
Perniagaan Produk Maklumat Yang Mengutungkan
Perniagaan Menjual Produk Maklumat Yang Menguntungkan.
Jika di berikan peluang berniaga 10 tahun yang lepas saya akan memilih untuk menjalankan perniagaan menjual produk maklumat, ini disebabkan oleh beberapa kelebihan berikut :
(1.) Buat sekali untung sampai bila-bila.
Dari pemerhatian saya, produk yang dihasilkan sekali sahaja tetapi untungnya diperolehi sampai bila-bila merupakan perusahaan yang sangat menguntungkan. Bayangkan anda hanya perlu menyediakan produk sekali sahaja kemudian dapatkan keuntungan berterusan.
Penghasilan dan penjualan produk maklumat seperti buku adalah contoh yang paling mudah untuk mencapai maksud ini. Buku di tulis sekali sahaja kemudian di pasarkan dan penulis hanya perlu menunggu duit royalti.
(2.) Kebebasan masa kerana boleh di jalankan dari rumah.
Ya, penerbitan produk maklumat ini boleh di jalankan daripada rumah. Apa yang penting adalah hasil karya produk maklumat itu mempunyai permintaan dan ianya dapat di sampaikan kepada pelanggan.
Seperti yang telah anda maklum maklumat dapat di sampaikan kedalam bentuk tulisan, gambar dan audio.
Maksudnya adalah maklumat yang di hasilkan boleh jadi buku, e-book, video dan juga mp3. Ini membolehkan proses penghasilannya hampir tidak memerlukan material yang memerlukan anda membuka sebuah kilang ataupun kedai.
(3.) Tentukan sendiri harga dan keuntungannya.
Produk maklumat yang anda hasilkan adalah produk anda sendiri. Maksudnya anda sendiri yang menentukan harga dan keuntungannya. Jika dikira kos pengeluarannya adalah tidak mahal mana.
Buat pengetahuan anda penghasilan produk maklumat ini memerlukan modal idea yang besar berbanding wang. Idea ini yang akan anda tukar menjadi wang, anda perlu faham konsep ini.
NOTA: Tiga kelebihan yang saya jelaskan di atas adalah sebahagian sahaja yang akan anda perolehi jika mengusahakan perniagaan produk maklumat. Hakikatnya banyak lagi kelebihan, anda cuba dan anda akan merasainya.
Mengikut pemerhatian saya tidak ramai yang mahu menjalankan perusahaan produk maklumat ini. Mungkin mereka berpendapat mereka tidak mempunyai kemahiran dan bakat dalam penghasilan produk maklumat lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan penulisan. Bakat dan kemahiran bukannya datang dengan sendiri, ia perlu di asah dengan mencuba dan berusaha.
Pegang prinsip ini, biar kalah jangan gagal. Maksudnya adalah anda perlu berusaha sehingga berjaya walaupun anda kalah dalam pertandingan. Lebih baik kalah daripada anda gagal melakukan sesuatu.
Sunday, May 31, 2009
Pelan Perniagaan Untuk Bisnes Internet
1.) Pelan perniagaan (business plan)
- apa yang ingin anda jual atau tawarkan kepada pelanggan? Cari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi pelanggan. Dari mana anda akan dapatkan modal, masa perniagaan dan sebagainya.
- kenapa perlu ada pelan perniagaan? Kak G lihat ramai nak berbisnes online tapi melayan bisnes online mereka seperti hobi. Dengan adanya, pelan perniagaan, sekurang-kurangnya anda dapat merancang terlebih dahulu perniagaan anda sebelum anda ‘commit’ masa, modal dan tenaga kepada bisnes online anda.
2.) Pelan Kewangan Bisnes (Business Financial Plan)
- walaupun modal anda mungkin hanya sekdar nama domain berharga RM30 setahun dan hosting bulanan, anda masih perlu mengatur dan mengurus kewangan bisnes internet anda.
- apabila bisnes anda sudah berkembangan, akan bertambah kos-kos lain seperti pemilihan hosting yang lebih besar, pembelian lebih banyak nama domain, yuran untuk mengupah web graphic designer, yuran bulanan untuk autoresponder, yuran membership untuk kemudahan tertentu, kos pembelian skrip dan yuran programmer untuk koding khas dan sebagainya.
3.) Pelan Perancangan Projek (Project Management Plan)
- jika bisnes online anda adalah lebih kepada khidmat freelance seperti membina laman web, mereka-bentuk grafikatau perkhidmatan berlandaskan konsep ‘project-based work’, anda akan memerlukan pelan perancangan untuk kerja-kerja anda.
- klien anda mungkin memerlukan anda merangka ‘time- frame’ untuk projek yang diberi, terutamanya jika projek tersebut agak rumit dan ‘besar’. Dengan cara ini, anda boleh mengenalpasti dateline bagi menyiapkan bahagian-bahagian tugasan tertentu pada projek tersebut.
Jika anda melakukan bisnes internet part-time sahaja, pelan rancangan ini penting bagi anda mengurus masa anda boleh laksanakan bisnes anda. Tanpa perancangan yabng baik, anda mungkin akan penat dan lemah semangat untuk berniaga kerana terpaksa memikirkan kerja di pejabat anda dan juga bisnes internet anda pada masa yang sama. Jangan lupa untuk menetapkan masa berehat dan masa untuk keluarga.
Kesimpulan:
Lakukan ketiga-tiga pelan diatas sebelum anda membelanjakan modal, tenaga dan masa di dalam perniagaan internet anda. Jika anda dapati bahawa mana-mana bahagian tidak akan dapat dilaksanakan dengan baik, fikir dan rancangkan dengan lebih teliti lagi.
Ingat, duit modal anda boleh habis begitu sahaja jika tiada perancangan yang rapi.
Semoga dapat membantu.
Credit to Kak G.
http://www.internetmelayu.com










